Header Ads

‘Pakai tudung makcik-makcik pun cantik’ – Kecomelan Aryana dipuji netizen

‘Pakai tudung makcik-makcik pun cantik’ – Kecomelan Aryana dipuji netizen


Daripada seorang yang berperwatakan seperti lelaki (tomboy), kini sudah menjadi seorang Muslimah yang cantik dan comel.
Ardell Aryana atau nama sebenanarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin tampil berhijab meskipun mengenakan tudung bawal yang ringkas dan simple, namun, beliau masih juga kelihatan cantik dan comel.
Berikut adalah gambar beliau yang memakai tudung secara sempoi, namun masih juga kelihatan comel.
Ardell yang telah berkecimpung dalam industri hiburan selama empat tahun mempunyai 343,000 pengikut di Instagram sering memuat naik gambar candid yang telah mendapat ribuan likes.
Beliau sering memuat naik gambarnya di Instagram dengan mengenakan tudung bawal yang simple, namun masih lagi kelihatan comel dan cantik.
Pelakon berusia 28 tahun itu juga mula berhijab pada awal December tahun lepas setelah beliau mengerjakan solat hajat bagi menetapkan hati agar keimananya sentiasa kuat untuk istiqamah (berterusan) dalam pemakaian seperti itu.
Rata-rata netizen telah memberi pandangan positif menerusi ruangan komen gambar Ardell.
Semoga Ardell terus istiqamah dengan imej bertudung dan semoga sukses dalam industri hiburan.

No comments