Header Ads

Sambut baik guna bas Amphicoach bantu mangsa banjir – APM Terengganu

Sambut baik guna bas Amphicoach bantu mangsa banjir – APM Terengganu

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu menyokong sepenuhnya cadangan kerajaan negeri untuk menggunakan bas amfibia atau Amphicoach ketika musim banjir di negeri ini.
Pengarah APM Terengganu Lt Kolonel Che Adam A Rahman berkata cadangan kegunaan bas berkenaan mempunyai dwifungsi iaitu untuk industri pelancongan dan membantu mangsa banjir disambut baik.
“Ketika musim tengkujuh atau monsun timur laut (MTL) berlaku di Terengganu, adalah dicadangkan supaya penggunaan Amphicoach ini dipanjangkan kepada Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri untuk kegunaan bagi menyelamatkan mangsa banjir’.
“Kawasan yang sesuai bagi kegunaan menyelamat ini adalah mangsa banjir yang lokasi mereka berada di kawasan banjir tidak berarus deras malah jumlah mangsa juga lebih ramai boleh diselamatkan dengan Amphicoach itu,” katanya semalam.
APM Terengganu juga mempunyai dua bot amfibia Sealegs yang digunakan ketika bencana di Terengganu dan mempunyai pegawai yang terlatih untuk menggunakannya.
“Bagaimanapun, kebenaran untuk menggunakan Amphicoach ini adalah tertakluk kepada kerajaan negeri dahulu,” katanya.
Kenderaan Amphicoach  kini berada di Pelabuhan Klang dan sedang dalam proses dokumentasi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sebelum dibawa ke Terengganu.

No comments