Header Ads

Harga petrol dan diesel turun lagi minggu ini

Harga Petrol dan Diesel Turun Lagi Minggu Ini




KUALA LUMPUR — Harga runcit mingguan bagi petrol dan disel terus mencatatkan penurunan.
RON95 mencatatkan penurunan 6 sen atau RM2.17 seliter manakala RON97 mencatatkan penurunan 7 sen atau RM2.43 sen seliter.
Harga runcit diesel turun 6 sen kepada RM2.13 sen seliter demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini. Harga baharu berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 28 Februari ini.
Bagi minggu sebelum ini, dari 15 hingga 21 Februari, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.23 seliter, RON97 (RM2.50 seliter) dan diesel (RM2.19 seliter).

No comments