Header Ads

Kakitangan Kemas berkhidmat lebih 15 tahun akan ditawar jawatan tetap

Kakitangan Kemas berkhidmat lebih 15 tahun akan ditawar jawatan tetap



KUALA NERUS – Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berstatus kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun akan ditawarkan ke jawatan tetap secara berperingkat-peringkat.
Ketua Pengarah Kemas Dato’ Amiruddin Ariffin berkata, setakat ini seramai 8,000 daripada 18,000 kakitangan Kemas telah diserap menjadi kakitangan tetap.
“Setiap tahun, akan ada kakitangan yang akan diserap dan jumlah ini akan bertambah dari setahun ke setahun,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Apresiasi Kemas Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar negeri, Dato’ Mohd. Jidin Shafie dan Pengarah Kemas negeri, Dr. Faridah Mat.

No comments