Header Ads

Denggi di Terengganu




Kuala Terengganu

Di Terenggganu, Satu lokaliti Wabak Denggi pertama di negeri itu dikesan berlaku di Kampung Pengkalan Berangan, Marang pada tahun ini.

Iaitu melibatkan satu keluarga, terdiri ayah dan dua orang anaknya di perkampungan tersebut.

3 kes tersebut merupakan antara 10 kes dikesan di seluruh Terengganu pada awal tahun ini.

Ekoran itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengambil langkah segera bertindak dan mempertingkatkan lagi pencegahan denggi dari terus merebak di kawasan berkenaan.

Jelas Pengarahnya Dr. Mohammad Omar, usaha awal diambil bersama penduduk setempat, dan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Marang serta Jabatan kesihatan daerah berkenaan  dengan melaksanakan ‘Program Gotong Royong Ayuh Gempur Aedes’ berhampiran perkarangan rumah keluarga tersebut, di Kampung Pengkalan Berangan HARI INI.

Menurut Dr. Mohamad semasa pemeriksaan dibuat, selain kawasan semak kebun pihaknya mendapati kawasan sekitar rumah kosong terbiar juga dikesan menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.:


Dr. Mohammad berkata demikian selepas ditemui mengiringi ADUN Pengkalan Berangan, A. Latif Awang  yang sebelum itu menyertai dan menyempurnakan program gotong royong ini, yang bermula pada pukul 8 PAGI TADI.

Sementara itu, menurut A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains , Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, walaupun tiada kes kematian dicatatkan dan bilangan 10 kes denggi dilaporkan pada tahun ini berkurang.

Iaitu penurunan 65.5 peratus berbanding tahun lepas yang mencatatkan 29 kes dalam tempoh masa yang sama sehingga 23 Januari.

Kerajaan negeri tetap memandang serius perkara tersebut, selain meminta pemimpin setempat termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung mengenalpasti kawasan rumah kosong dan terbiar yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, untuk diambil tindakan pembasmian segera.:


Untuk rekod pada tahun lepas, bilangan premis diperiksa di Terengganu ialah 193-ribu 309 premis dan 1.19 peratus di kesan positif pembiakan Aedes, iaitu melibatkan 2-ribu 305 premis, termasuklah tindakan pembersihan dilakukan jabatan kesihatan keatas 185 tanah kosong. 

No comments