Header Ads

TABUNG PALESTIN

KUALA TERENGGANU
11 Dis 2017 isNIN


Terpanggil untuk mempertahankan maruah Islam, kerajaan negeri Terengganu turut tidak mahu ketinggalan membantu warga Palestin.

Terbaharu sebanyak 500 ribu ringgit disumbangkan kerajan negeri untuk disalurkan kepada Tabung Palestin di bawah Ngo Aman Palestin.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, pihak swasta dan masyarakat awam turut dialu-alukan menyumbang kepada dana berkenaan.
Sebagai permulaan, setengah juta ringgit disumbang kerajaan negeri  kepada tabung berkenaan.:

"KITA BERSAMA DERMA AMAN PALESTIN NEGERI TERENGGANU AKAN MEMBUAT KUTIPAN DERMA DAN HAL BANYAK  MANA YANG KITA DAPAT KITA AKAN BAGI. SUPAYA TINDAKAN SEGERA BOLEH DIAMBIL. INI BUKAN SOAL TEMPOH. KALAU SOAL TEMPOH NANTI, KERANA KITA TAK BOLEH MENUNGGU. MACAM-MACAM PERKARA AKAN BERLAKU. MAKA APA YANG KITA DAPAT. KITA AKAN SERAHKAN SEGERA,".

Beliau berkata demikian semasa sesi rehat pagi pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi penggal ke-lima di Kuala Terengganu.
Usaha yang dilakukan ini mendapat sokongan penuh semua ADUN yang turut  mengecam tindakan Presiden Amerika, Donald Trump mengumumkan Baitulmuqadis sebagai ibu negara Israel.

No comments