Header Ads

JELAJAH RAMADAN PENUH MAKNA

KUALA NERUS 16 JUN 2017


Jelajah Ramadan RTM peringkat negeri Terengganu membawa sinar baru kepada keluarga Jusoh Abdullah 50 tahun yang menetap di Kampung Kesom Che Nordin dalam DUN Teluk Pasu Kuala Nerus.

Rumah usang dan dhaif yang dihuni bersama lima orang anaknya kira-kira 20 tahun itu akan dibaiki segera dengan peruntukan sebanyak 10 ribu ringgit.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan Che Mansor Salleh mahu kontraktor menyiapkan pembaikian rumah 5 beranak ini menjelang sambutan Aidil Fitri ini.

Beliau akan mengusulkan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan keluarga mendapat rumah yang lebih selesa.  

Beliau ditemui RTM ketika bersama Petugas Stesen Radio Terengganu FM - TFM- dalam Program Jelajah Ramadah- Ziarah Kasih.  

Hadir sama Pengarah Berita dan Ehwal Semasa RTM Muis Shafie, Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu Nordin Sulaiman dan Timbalanya Sukri Mohamad.

Pihaknya bersimpati dengan nasib keluarga ini kerana salah seorang daripada anaknya berumur 13 tahun menghadapi masalah ketumbuhan yang sebelum ini sudah 2 kali menjalani pembedahan.

Beliau akan memanjang kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tabung Darul Iman dan MAIDAM untuk menyalurkan bantuan dibawah kapasiti jabatan masing-masing.

Mengulas mengenai Jelajah Ramadan RTM ini beliau berpuasa hati kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan penduduk yang kurang bernasib baik.

Program berakhir dengan penyampaian Baju dan Kasut Raya serta Hamper termasuk Duit Raya kepada 50 orang anak-anak yatim.  

Ia hasil sumbangan PDRM,Kasut You,Sabasun Hyper Market,Mcdonald, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Instep serta Pejabat Penyelaras DUN Teluk Pasu.

500 Penduduk setempat dan tetamu jemputan kemudianya berbuka puasa yang juwadah dan masakannya disediakan secara gotong royong.

 



No comments