Header Ads

JPJ : AWAS AES

KUALA TERENGGANU 21 JUN 2017


Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ sehingga kini menerima bayaran saman hampir satu juta ringgit (976 ribu 200 ringgit) melibatkan enam ribu 535 pelbagai kesalahan.

Kesalahan itu dikeluarkan melalui pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atau Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya di seluruh Negara.

Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, saman dikeluarkan itu melibatkan 21 kamera AWAS yang dipasang di lokasi sering berlakunya kemalangan.

Jumlah kamera tersebut termasuk tujuh yang baharu dipasang sempena perayaan ini.
Dua daripadanya di Lebuh raya Pantai timur, LPT 2 iaitu di KM256.1 LPT 2 arah Kuala Lumpur dan KM 288.6 LPT 2 arah Kuala Terengganu.  

Beliau berkata kepada RTM selepas menjadi tetamu konti di Terengganufm di Kuala Terengganu.

Sepanjang Operasi Penguatkuasaan Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijalankan selama seminggu sejak 10 Jun lalu, JPJ Terengganu memeriksa 60 bas di 6 depo di negeri ini bagi memastikan perjalanan membawa penumpang selamat tiba ke destinasi.

No comments