Header Ads

BAZAR RAMADAN JUAL MAKANAN KITAR SEMULA

Kuala Terengganu 14 Jun 2017

Sehingga Semalam, empat aduan diterima Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berkaitan penjualan makanan kitar semula dan basi di Pasar Bazar Ramadhan melibatkan dua daerah iaitu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Selain itu, sembilan daripada 137 sampel makanan disyaki tercemar yang telah di analisis, didapati mengandungi kuman berbahaya, sekaligus turut melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan, PKKM 2009.

Jelas Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar, beliau telahpun mengarahkan pegawai kesihatan di Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan mengambil tindakan segera dan tegas terhadap perkara tersebut.

Walaupun mengakui sehingga kini, tiada sebarang laporan diterima oleh pihaknya berkaitan keracunan makanan melibatkan penjualan makanan di Bazar Ramadhan di Terengganu. 

Dr Mohammad berkata demikian di Jabatan Penyiaran Terengganu, Kuala Terengganu, selepas menjadi tetamu undangan dalam slot program rancangan radio di Terengganu fm.

Menurutnya, sehingga kini melalui pemantauan dan pemeriksaan di kesemua 55 Bazar Ramadhan iaitu melibatkan 4-ribu 905 tapak gerai di Terengganu.

Jabatan Kesihatan negeri telah mengeluarkan 59 notis melibatkan kompaun keseluruhan berjumlah 6-ribu 300 ringgit atas pelbagai kesalahan, termasuk tiada suntikan anti-tifoid, tidak memakai apron dan tahap kebersihan. 

No comments