Header Ads

NELAYAN ASING CEROBOH PERAIRAN TERENGGANU.


KUALA TERENGGANU 9 Mei 2017 


Pencerobohan kumpulan nelayan asing di sekitar perairan Negeri Terengganu, khususnya di Paka, Dungun dan Kemaman dengan menjalankan aktiviti menangkap gamat dengan cara yang tidak dibenarkan.

pencerobohan itu menyebabkan rezeki nelayan tempatan terjejas, khususnya nelayan pesisir pantai, ekoran kekurangan hasil tangkapan ikan dan sotong di kawasan perairan tersebut.

Malah aktiviti memungut gamat itu juga didakwa menyebabkan kerosakan terhadap alatan penangkapan seperti bubu dan unjam.

Selain turut memusnahkan terumbu karang dan tukun tiruan yang menjadi habitan pelbagai spesis kehidupan laut.

Perkara tersebut diakui para nelayan daerah terlibat, yang memaklumkan aktiviti haram nelayan asing yang dipercayai dari negara Vietnam dan Thailand itu, sering dilakukan pada sebelah malam.

Selain mendakwa, kumpulan nelayan terbabit turut menjalankan operasi penangkapan tanpa sebarang bantuan cahaya lampu, dan aktiviti itu dilihat semakin berleluasa ketika ini.:

Mereka merupakan perwakilan dan ahli Persatuan Nelayan Negeri Terengganu, PENENTU yang ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PENENTU kali ke-32, yang disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah LKIM, Bazlan Abdul Rahman di Kuala Terengganu TENGAHARI TADI.

Masalah pencerobohan nelayan asing itu juga mendapat perhatian Pengerusi PENENTU, Mat Yassim Mohamed yang berharap, aktiviti sedemikian dapat dipantau pihak berwajib dan memaklumkan sudahpun melaporkan perkara terbabit untuk diambil tindakan segera.:

Sementara itu pada Mesyuarat Agung Tahunan selama dua hari ini, PENENTU yang dianggotai lebih 7-ribu ahlinya turut mengadakan sesi berkongsi pendapat, pandangan dan idea bernas yang disalurkan menerusi perwakilan dari setiap kawasan dan daerah di Terengganu.

No comments