Header Ads

KOMPLEKS ABATOIR DAPAT PENGIKTIRAFAN JAKIM



 KUALA TERENGGANU 8 MEI 2017


















Kompleks Abatoir Kuala Terengganu Jabatan Perkhidmatan Veterina di Gong Badak merupakan pusat penyembelihan
lembu atau kerbau PERTAMA di Terengganu yang mendapat mengiktirafan Halal oleh JAKIM .Pengiktirafan tersebut
diperolehi hanya setelah 21 tahun kompleks itu ditubuhkan.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri,
Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata,
ia mengambil masa yang lama kerana perlu mengikut prosedur ditetapkan termasuk menaiktaraf kompleks itu
melibatkan 1.4 juta ringgit.

Pengiktirafan ini juga penting bagi menjamin dan memastikan daging yang dikeluarkan dari rumah sembelihan bersih 
dan selamat dimakan. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Halal Kompleks Abatour 
Kuala Terengganu.
Kompleks ini boleh menampung sehingga 40 ekor lembu atau kerbau dalam sehari. 

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterina (Kesihatan Veterina) 
Dato Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam 
berkata, Terengganu merupakan negeri ke lapan daripada 28 buah pusat penyembelihan di seluruh Negara ini
menerima pengiktirafan sijil berkenaan. 


No comments