Header Ads

BONUS RAYA


KUALA TERENGGANU 23 Mei 2017


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Cuepacs akan memohon bonus Hari Raya Tahun ini sekurang-kurangnya seribu ringgit.

Permohonan insentif khusus tersebut adalah penting untuk 1.6-juta penjawat awam di negara ini membuat persediaan bagi menyambut ketibaan Ramadhan dan Syawal nanti.
Jelas Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda, beliau bakal mengusulkan cadangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diberikan pertimbangan dalam tempoh masa terdekat ini.

Beberapa tahun sebelum ini kadar imbuhan raya diluluskan kerajaan untuk kakitangan awam adalah berjumlah 500-ringgit.

Datuk Azih berkata demikian selepas hadir menyempurnakan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Wisma Perkeso Kuala Terengganu.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan statistik jumlah tuntutan ex-gratia disebabkan kemalangan atau kesihatan pekerjaan bagi penjawat awam dalam tempoh 6 tahun sejak 2001 menunjukkan satu angka yang besar ditanggung kerajaan.

Iaitu berjumlah lebih 148-juta ringgit, mengikut pecahan kategori perkhidmatan.

Selain menyatakan jumlah kakitangan awam mengidap penyakit disebabkan aktiviti pekerjaan yang dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP juga mengalami peningkatan.

No comments