Header Ads

SOGO KE TERENGGANU


KUALA TERENGGANU 3 APRIL 2017
Sebuah lagi mercu tanda bandar Kuala Terengganu bakal diwujudkan tidak lama lagi

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) akan membangunkan projek pembinaan Pusat Beli Belah Mayang (Mayang Mall), di sini dengan nilai pembangunan kasar terkumpul (GDV) sebanyak RM900 juta dalam beberapa tahun akan datang.

Pusat membeli belah itu akan turut menempatkan pasaraya besar SOGO. 
Pengarah Urusan Kumpulan PHB Dato’ Kamalul Arifin Othman berkata, projek yang dijangka siap pada tahun 2020 itu akan merangkumi dua fasa dengan fasa pertama melibatkan kos sebanyak RM600 juta.
Pembinaan kompleks beli belah, PHB membelanjakan sebanyak RM450 juta termasuk kos pengambilalihan tanah menakala pembinaan hotel pula melibatkan kos lebih kurang RM150 juta.
Beliau yang juga Ketua Pengawai Eksekutif PHB berkata demikian selepas majlis pecah tanah Projek Pembangunan Pusat Beli Belah Mayang Mall, di Kampung Ladang Tanjung, di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

No comments